Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, March 9, 2011

Jom Heboh Danga Bayy VS Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Di Kompleks Pasir Gudang


panjangnya tajuk malam nie... ahhh!!! fiza tengah pening nie.... 
fiza tak tau nak pilih yang mana satu.. tapi sebenarnya  dua2 fiza nak p...
sekarang memang husband fiza sibuk sangat2 tak tau la dia nak p ke tak...
fiza kena pujuk dia lagi malam nie..korang ada tips tak nak pujuk suami kita macamana..
fiza dah kehabisan idea dah nie...eerrmmm.......


VS


Jom heboh hari Sabtu nie, ada beberapa hari je lagi..hadoi pening kepala...
fiza teringin nak p...tapi Jelajah Anugerah Bintang Popular hari Sabtu minggu depan
 ni pun fiza nak p gak..tamak tak..fiza rasa tak sebab fiza boring dok rumah.
sekali sekala p jalan2 kali nie leh jumpa artis. leh ambil gambar tak sabar rasanya.
kalau la dapat p mesti best kan, ada macam2 gerai jual pun murah2 
sampai 50% - 70% diskaun...
time ni la peniaga bumi putra leh dapat pendapatan lebih. sebab ramai orang datang
dan beli jualan mereka.hehehe... ok la dah mengarut dah nie.
tata..... selamat malam semua...


Alamak!!! Tajuk Di Bawah Silap Ejaan Pulak...huhuhu....


fiza mintak maaf ye tajuk silap eja lak
Filem " Hikayat Merong Mahawangsa " Dan Filem " Kongsi "
huhuhu....tak perasan...fiza check ejaan yang bawah je tajuk tak check pun..
nak tukar dah tak boleh. huhuhu.....
sory ye...

Filem " Hikayat Merong Mahawangsa " Dan Filem " Kongsi ".. Apa Pendapat Anda???


FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

serius fiza kata fiza memang dok tunggu2 filem nie.. Hikayat Merong Mahawangsa
10/3/2011 ni keluar. maknanya esok la. eerrmm...tak tau la leh tengaok ke tak...
dengan kesibukkan husband fiza sekarang rasanya tak boleh tengok.
dia nak tinggal kedai dia pun susah sekarang. hadoi.. filem nie mengenai sejarah
merong mahwangsa yang mempunyai kaitan Raja Bersiong yang terletak di Kedah.
tempat fiza di besarkan... ( rindu kat kampung ku Alor Setar )
di sini fieza sertakan sekali SEJARAH MERONG MAHAWANGSA.

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah 
berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. 
Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya 
sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri,
 perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep
 sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu
 dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang
 sah bagi mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.
Oleh yang demikian, dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional,
 terdapatlah berbagai-bagai hasil sejarah, daripada yang paling terkenal 
kepada karya yang jarang-jarang diketahui, malah oleh orang Melayu sendiri.
 Bersama-sama dengan HMM dalam keluarga sastera sejarah ini
 terdapatlah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Hikayat Palembang,
 Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat Bangkahulu, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu),
 Hikayat Johor, Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Pahang, Hikayat Patani,
 Misa Melayu, Asal Usul Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin,
 Salsilah Kutai, Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi.
Dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di Nusantara, 
pengabsahan kuasa raja menjadi isu yang dipersoalkan dan disanhsikan 
apabila muncul orang Barat. Persolan itu sama ada ditimbulkan oleh kuasa 
Barat sendiri mahupun oleh negeri-negeri lain yang menjadi jiran.
 Ini adalah sebahagian daripada taktik Barat memecahkan negeri-negeri
 Melayu daripada bersekutu menentang kemaraannya.
Jelas dari sudut penciptaannya, salah satu dari sebab mengapa HMM
 dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan 
kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya.
 Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah
 tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786.
 Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain,
 HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan
 untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.


RINGKASAN CERITA HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom
 ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri
 Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah 
menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. 
Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, 
Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi 
Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga,
 seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan
 ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. 
Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan
 bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam,
 setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang
 tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran 
Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha
 Inderawangsa 
menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita 

Deria yang 

lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong.

 Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya,
 puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat.
 Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang
 kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam.
 Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.


Trailer Filem Hikayat Merong Mahawangsa


FILEM KONGSI
filem Kongsi lambat lagi keluar rasanya 12/5/2011 baru keluar kat pawagam.
fiza dah tgk trailer filem Kongsi nie. memang GEMPAK GILER...
best sangat2..... tergelak pun ada...terpegun pun ada dan
macam2 lagi la...tak sabar nak tengok.....
YANG PALING BEST time Shaheizy Sam lompat2 atas kereta polis..
lawak sangat2....hahahaha...


FIZA SARANKAN KORANG PATUT TENGOK 2 FILEM NIE...
MAJULAH FILEM YANG BEST UNTUK NEGARA..

Tizz Zaqyah Di Zaman Sekolah Tanpa Secalit Make-Up


 pic Tizz, fiza dah bulatkan..
( bulat ker????? )

Memang wajah Tiz Zaqyah ni jenis natural beauty. Lihat sahaja gambarnya 
di zaman sekolah, Tiz Zaqyah mengekalkan kecantikannya tanpa secalit mekap. 
Bekas pelajar Sekolah Menengah Subang Jaya ini memang tidak 
disangka berjaya mencipta nama dalam industri hiburan.
 Rasanya, kawan-kawannya mesti kembang hidung dapat bergambar 
dengan Tiz ketika di zaman baju putih, kain biru itu.

sumber dari Oh Bulan



Maggi Untuk Suamiku Tersayang


hahaha...ada ke orang buat tajuk macam nie...fiza sorang ja kot..
selamat malam eh malam ke..selamat pagi sume...dah tido ke???
 fiza kena tunggu husband fiza balik baru leh tido.
 kalau dia tak sampai lagi memang rasa resah je...
dengar je enjin kereta dia baru rasa lega sikit... lpas tu dapat kis pipi 
lak lagi bertambah2 lega dan seronok sangat2...
terasa di awan-awangan...best sangat2...sapa2 yang tak kawin lagi tu
memang rugi. korang kena kahwin baru boleh rasa apa yang fiza rasa sekarang.
" eh macam dah kuar dari tajuk je aku nie "

hehehehe...sebelum mandi husband fiza suruh fiza masak maggi..
fiza dah penah masak maggi kari untuk dia dengan mak mertua fiza,
diorang kata sedap fiza masak maggi..sebelum nie diorang cuma rebus je lepas tu 
letak telur.. fiza kalau masak maggi fiza tumis bawang merah, bawang putih, halia
dan cili padi 3 4 biji. halia kena lebih skit potong halus2 memang sedap..
kalau tak percaya cubalah. resepi maggi nie ABAH fiza ajar..hahaha..
tetiba je rindu lak kat ABAH. ABAH selalu masak maggi masa dia kat
 BOSNIA dan SOMALIA. masa tu ABAH askar lagi. sekarang dah pencen.
" lari tajuk lagi aku nie "

husband fiza makan maggi sampai habis dengan lebih tepat lagi,
licin mangkuk tu..kuah maggi tu pun dia hirup habis..lapar sangat la tu..
atau pun memang sedap maggi fiza tu...hahaha perasan...
lupa lak nak cite sebelum masak maggi fiza dah siapkan teh tarik untuk dia.
bukan main suka lagi dia makan maggi dengan teh tarik..


maggi nie la yang fiza masak. memang sedap
 MAMEE SLLRRRP! KARI EXTRA PEDAS nie...
husband fiza dia tahan makan pedas. kalau tak pedas nanti dia bebel..
sebab tu fiza masak letak lagi cili padi. bertambah la pedasnya..
ok la nak masuk tido dah menagntok mata nie....
tata sume. semoga mimpi yang indah2..