Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, March 9, 2011

Filem " Hikayat Merong Mahawangsa " Dan Filem " Kongsi ".. Apa Pendapat Anda???


FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

serius fiza kata fiza memang dok tunggu2 filem nie.. Hikayat Merong Mahawangsa
10/3/2011 ni keluar. maknanya esok la. eerrmm...tak tau la leh tengaok ke tak...
dengan kesibukkan husband fiza sekarang rasanya tak boleh tengok.
dia nak tinggal kedai dia pun susah sekarang. hadoi.. filem nie mengenai sejarah
merong mahwangsa yang mempunyai kaitan Raja Bersiong yang terletak di Kedah.
tempat fiza di besarkan... ( rindu kat kampung ku Alor Setar )
di sini fieza sertakan sekali SEJARAH MERONG MAHAWANGSA.

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah 
berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. 
Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya 
sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri,
 perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep
 sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu
 dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang
 sah bagi mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.
Oleh yang demikian, dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional,
 terdapatlah berbagai-bagai hasil sejarah, daripada yang paling terkenal 
kepada karya yang jarang-jarang diketahui, malah oleh orang Melayu sendiri.
 Bersama-sama dengan HMM dalam keluarga sastera sejarah ini
 terdapatlah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Hikayat Palembang,
 Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat Bangkahulu, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu),
 Hikayat Johor, Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Pahang, Hikayat Patani,
 Misa Melayu, Asal Usul Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin,
 Salsilah Kutai, Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi.
Dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di Nusantara, 
pengabsahan kuasa raja menjadi isu yang dipersoalkan dan disanhsikan 
apabila muncul orang Barat. Persolan itu sama ada ditimbulkan oleh kuasa 
Barat sendiri mahupun oleh negeri-negeri lain yang menjadi jiran.
 Ini adalah sebahagian daripada taktik Barat memecahkan negeri-negeri
 Melayu daripada bersekutu menentang kemaraannya.
Jelas dari sudut penciptaannya, salah satu dari sebab mengapa HMM
 dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan 
kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya.
 Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah
 tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786.
 Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain,
 HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan
 untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.


RINGKASAN CERITA HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom
 ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri
 Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah 
menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. 
Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, 
Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi 
Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga,
 seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan
 ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. 
Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan
 bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam,
 setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang
 tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran 
Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha
 Inderawangsa 
menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita 

Deria yang 

lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong.

 Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya,
 puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat.
 Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang
 kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam.
 Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.


Trailer Filem Hikayat Merong Mahawangsa


FILEM KONGSI
filem Kongsi lambat lagi keluar rasanya 12/5/2011 baru keluar kat pawagam.
fiza dah tgk trailer filem Kongsi nie. memang GEMPAK GILER...
best sangat2..... tergelak pun ada...terpegun pun ada dan
macam2 lagi la...tak sabar nak tengok.....
YANG PALING BEST time Shaheizy Sam lompat2 atas kereta polis..
lawak sangat2....hahahaha...


FIZA SARANKAN KORANG PATUT TENGOK 2 FILEM NIE...
MAJULAH FILEM YANG BEST UNTUK NEGARA..

No comments:

Post a Comment