Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, March 29, 2011

Rossa Tidak Tahu Lagunya Pernah Dinyanyikan Ella &Shah



sape2 tgk Konsert Mentor kumpulan A yang lepas mesti korang ada perasan
yang penyanyi jemputan dan juga juri untuk malam tu ada nyanyi lagu KU MENUNGGU.
mesti korang pernah dengar kan lagu nie. sebelum nie Ella dengan Shah dari Singapura
nyanyi lagu nie gak tapi tajuk dia KU MERINDU. memang ada persamaan 
antara 2 lahu nie...baca di bawah fiza copy dari www.gua.com.my



Jika anda peminat tegar Rossa , pasti anda sudah tahu dengan kisah terbaru penyanyi berusia 32 tahun ini. Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani telah pun muncul dengan album terbaru berjudul Harmoni Jalinan Nada & Ceria.

Album yang memuatkan 14 buah lagu hits ini menimbulkan tanda tanya apabila salah satu lagu baru yang dimuatkan dalam album ini mempunyai persamaan dengan lagu yang pernah dipopularkan oleh Ella dan Shah. Rossa menggunakan tajuk Ku Menunggu, manakala lagu dendangan Ella dan Shah bertajuk Ku Merindu.

Mengulas tentang perkara ini, Rossa yang ditemui dalam satu sesi fotografi pada petang tadi memberitahu yang dia sebenarnya sama sekali tidak tahu yang lagu itu pernah dinyanyikan oleh Ratu Rock itu.

“Saya mendapat tahu perkara ini hanya selepas lagu ini dirakamkan dan dimuatkan di dalam album. Itupun selepas ada beberapa peminat dari Malaysia memberi komen di laman Youtube yang memuatkan lagu ini. Selepas itu barulah saya berkesempatan mendengar versi nyanyian Ella.

Memang ada persamaan, tetapi melodi dan lirik kedua-dua lagu ini ternyata berbeza. Saya membawakan lagu ini secara akustik, sedangkan Ella dan Shah muziknya lebih kepada Pop Rock.

Sejujurnya saya tidak melihat persamaan ini sebagai isu yang besar kerana muzik itu boleh didengari oleh sesiapa sahaja. Jika ada yang berpendapat lagu ini diplagiat, rasanya saya bukan individu yang sesuai untuk memberi komen. Mungkin pencipta lagu ini, Mery LC lebih layak,” ujar Rossa berterus-terang.

Ditanya sama ada dia kesal atau tidak memilih lagu ini, penyanyi bertubuh genit ini memberitahu dia tidak menyesal kerana dia sangat menyukai lagu yang berkisar tentang cinta itu.

“Pertama kali mendengar demo lagu ciptaan Mery ini, saya sudah suka dengan melodi dan liriknya. Lantas, saya minta Mery untuk buat susunan muziknya. Ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Melodi Cinta Rossa yang diadakan di sini tahun lalu.

Saya masih ingat, ketika itu Mery kerap menghubungi saya di sini menggunakan telefon untuk berbincang tentang melodi lagu ini. Selepas tiga kali ditukar barulah saya puas hati,” ujar Rossa lagi.

Album Harmoni Jalinan Nada & Cerita sudah berada di pasaran Malaysia bermula 18 Disember tahun lalu. Antara lagu yang dimuatkan ialah Atas Nama Cinta, Ayat-ayat Cinta, Hey Ladies, Terlanjur Cinta dan Pudar. Tiga lagu baru yang dimuatkan pula ialah Ku Menunggu, Jagat Khayalku dan Memeluk Bulan.

Jika diteliti lirik lagu Ku Menunggu dengan Ku Merindu sememangnya tiada persamaan, namun pendengar muzik harus mendengar kedua-dua lagu tersebut dan membuat penilaian sendiri.
NIE LIRIK LAGU ROSSA " KU MENUNGGU "
Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu engkau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu
Cintaiku
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku
Chorus:
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
(Ada cemburu juga rindu ku tetap menunggu)
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku akan selalu setia tuk menunggumu
Na na na na na na na na na…..

NIE LIRIK LAGU ELLA DAN SHAH " KU MERINDU "
Shah:
Ku merindu
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ella:
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

(Korus)
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…
Na na Na… Na na Na..

yang penting na na na tu tetap sama...dah tak ada idea lain kot

p/s: hehehe gambar Rossa banyak kan...sebab fiza memang minat penyanyi nie.

sumber dari Gua.com







No comments:

Post a Comment