Klik Jangan Tak Klik

Thursday, March 3, 2011

10 Lokasi Pertemuan Romantis...Kiranya Tempat Dating La...


anda menemui cinta baru dan merancang mengadakan pertemuan pertama dengannya.
banyak perkara yang harus difikirkan, apa pakaian yang sesuai, 
minyak wangi apa yang patut digunakan, masa pertemuan yang tepat termasuk
topik apa yang ingin anda bualkan dalam pertemuan pertama itu.

anda memerlukan idea yang perlu dianggap sebagai kelas pertama dan paling utama
ialah di mana lokasi pertemuan itu mahu diadakan. tidak guna anda kelihatan hebat
di matanya tetapi anda gagal memikat hatinya jika anda memilih lokasi
pertemuan yang sangat biasa sahaja..
di bawah ini dinyatakan beberapa tip lokasi pertemuan yang boleh dianggap
romantik dan meninggalkan kesan mendalam di hati wanita.


1. PANTAI
pantai di anggap sebagai lokasi romantik. saat mendengar bunyi deruan ombak
yang menghempas pantai, melihat matahari yang terbenam di ufuk Timur
akan membangkitkan satu nostalgia di hati pasangan. lebih indah lagi jika anda
bersamamya berlalu di gig airi dan banyak lagi perkara bileh anda lakukan di sini.
fiza dengan husband fiza mula2 jumpa kat LANGKAWI...
petang tu terus pergi Pantai Chenang. memang best sangat2.

2. KELAB GOLF
mungkin lokasi ini memerlukan belanja yang mahal tetapi kalau kena dengan gaya hidup
dan kekayaan yang anda miliki, anda boleh membawa teman wanita ke sini.
bayangkan gaya anda mengayun kayu golf dengan penampilan pakaian yang segak, 
semua ini akan membuat wanita berasa bahagia di sisi anda.

3. KONSERT
sebenarnya pertemuan pertama adalah saat anda mengenali pasangan lebih mendalam.
dari situ anda boleh mengetahui minatnya, hobi dan sebagainya. namun tidak salah
untuk membawa pasangan ke konsert jika si dia meminati muzik. 
hubungan anda dan dirinyaakan lebih erat kerana dia beranggapan
 anda mengetahui minat dan kesukaannya.

4. TAMAN REKREASI
selalunya taman rekreasi adalah tempat untuk kanak2 bermain. siapa ia tidak 
sesuai untuk orang dewasa?? membawa teman istimewa ke taman rekreasi
sambil memerhatikan kanak2 bermain membayangkan bahawa anda juga mahu anak
bersamanya suatu hari nanti. sudah pasti akan meminbulkan suasana ceria.
teman istimewa anda mingkin malu mendengarnya namun ia membayangkan hasrat
hati anda bahawa hungan yang jalinkan ini adalah serius dan mahu
mengakhirinya ke jinjang pelamin.

5. BERKELAH DI AIR TERJUN
satu lagi yang boleh menjadi pilihan anda ialah pergi berkelah. menikmati 
suasana di air terjun,merasai sejuknya air tatkala anda berendam 
adalah suasana yang menarikdan mampu diingati oleh pasangan. tahukah anda, 
setiap tingkah laku yanganda lakukan melebihi dari kata2 akan membawa 
kesan mendalamdi hati teman bahawa andalah lelaki sejati.

6. BERMAIN GO KART
satu aktiviti yang sangat menyeronokkan jika anda boleh membawa teman istimewa
bermain go kart. mungkin dia tidak pernah mencuba permainan go kart ini dan mungkin 
berasa takut tetapi sekali anda mengajarnya, ia mungkin
satu pengalaman menarik buatnya dan menjadi pengalaman indah dalam hidupnya.

7. PUSAT BELI BELAH
ini mungkin tempat pertemuan biasa tapi ramai wanita mnyukainya kerana
 selain mencuci mata, wanita memang suka membeli-belah. lebih menarik lagi 
jika anda yang mengeluarkan wang belanjanya dan dia membeli apa disukainya.
 tapi awas, jangan selalu ke sini kerana jika sudah terbiasa teman istimewa anda
mungkin merengek mahu pergi ke sana selalu.

8. MENONTON WAYANG
menonton wayang antara perkara biasa dilakukan oleh pesangan. mungkin tiada
 yang istimewatetapi kalau anda tiada idea ke mana mahu pergi, 
bawa saja ke tempatini kerana ramai muda-mudi pergi ke sini.

9. MENAIKI LIMO
ia tentunya sesuatu yang sangat berbeza. jika anda mampu membayarnya menaiki
 kenderaan limo tentunya ia satu kenangan manis yang takkan dilupakan.
tapi itu jika anda mampu dan jika tidak abaikan perkara ini 
kerana ia memerlukan belanja yang banyak dan besar.

10. URUTAN KAKI
mungkin tak pernah dibuat tetapi sesekali berikan kejutan kepada pasangan.
ajak dia membuat urutan kaki dan anda membayarnya. sesekali diurut,
 ia memberikan kelegaan. tahukah anda, walaupun idea ini nampak janggal
oleh pasangan tetapi anda begitu berbeza di matanya.

No comments:

Post a Comment