Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, March 30, 2011

Tak Sabar Nak Tunggu MAHARAJA LAWAK Lusa Nie!!!!!!!


Finalis Raja Lawak Semua Musim Berentap Dalam
 Maharaja Lawak

Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak;  sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada 
setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.
Program Maharaja Lawak ini juga akan dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran. 

Menggunakan konsep dan format yang seakan-akan sama seperti lima musim Raja Lawak Astro sebelum ini, program ini akan menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan finalis dari musim pertama hingga musim kelima yang bakal berentap sekali lagi di atas pentas untuk dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak. 

Bezanya, nasib para peserta bukan lagi ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% oleh juri tetap dan 50% daripada undian penonton. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Warna.

Peserta-peserta Maharaja Lawak adalah terdiri daripada YUS, Kumpulan JOZAN dan TAUKE daripada Raja Lawak Astro (RLA) Musim Pertama; NABIL dan Kumpulan XN3 (RLA Musim Kedua); Kumpulan SEPAH, JIHAN dan AMIR (RLA Musim Ketiga); Kumpulan KECIK, IDLAN dan ALEX (RLA Musim Keempat) serta juara dan finalis RLA Musim Kelima yang masih belum dikenal pasti setakat ini.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM200, 00 dan RM100, 000 setiap seorang.

Tiga orang juri tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah.

Jozan adalah peserta paling ramai peminat...adakah diorang nie yang akan menang????

tapi fiza minat kumpulan Sepah...hehehe..
lagi gambar2 peserta Maharaja Lawak


p/s: 1 jer fiza pelik kenapa kumpulan cham along dengan azrul tak ada??


sumber dari Astro.com

No comments:

Post a Comment