Klik Jangan Tak Klik

Saturday, March 19, 2011

Bulan Penuh 19/03/2011 Paling Dekat Dengan Bumi!!!



Malam ni, Bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan orbit,
 iaitu dipanggil sebagai perigee. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan
 bulan mengelilingi Bumi, disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat,
tetapi elips, maka akan ada ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee)
 dan ada ketika ia berada jauh dari bumi (apogee). Jaraknya dengan
 bumi di sepanjang laluan orbitnya tidak sama.

Berapa jauh Bulan masa tu?
Pada 19 Mac ini nanti, ia akan berada pada jarak 357,000 km. 
Ada ke, ketikanya ia lagi dekat dari jarak tu?
Memang ada pun. Setiap kali bulan perigee, jaraknya tidak sentiasa sama. Paling dekatpun ialah 
pada 354,000 km. Masa Bulan apogee (paling jauh), ia boleh mencecah 410,000km.
Apa kesannya dengan Bumi?
Seperti yang kita selalu mengalaminya setiap hari, iaitu pasang surut air laut. 
Cuma dalam kes-kes tertentu seperti ketika bulan dalam kedudukan perigee ini,
 air pasangnya lebih tinggi daripada biasa (tetapi tak adalah sampai tahap bencana).
Gempa di Jepun?
Ketika gempabumi di Jepun, tarikhnya ialah 11 Mac 2011. Ketika itu,
 jarak Bulan ialah 390,644 km !! Maknanya, ia bukan berada pada
 kedudukan paling hampir pun,malah ia nak berada hampir pada titik 
yang paling jauh di dalam orbitnya! Pada 19 Mac nanti, ketika ia 
di perigee, jaraknya 355,167km. Beza jarak hampir 9%. Cuba bandingkan
 dengan perigee bulan penuh yang lepas, iaitu 30 Jan 2010
, jarak masa tu 356,607 km. Beza 1% je. Apa yang berlaku pada masa tu?
Jadi, saya tanya kembali, kenapa ramai yang kaitnya gempa ini dengan supermoon 
19 Mac ini? Saya pun tak faham.
Supermoon? apa tu?
Istilah supermoon ni tiba-tiba jadi popular sejak dua menjak ni. 
Ia sebenarnya asal dari seorang ahli astrologi (ahli nujum)
 Richard Nolle, yang meramalkan akan berlaku bencana pada 19 Mac
 ini kerana Bulan berada pada kedudukan amat hampir dengan bumi.
Yang hairannya, ramai pula orang malaysia yang lebih percaya ramalan
 seorang ahli nujum, berbanding fakta. 
Ye ke? Tapi masa bencana tsunami dulu tu, bulan pun dekat dengan perigee!
Ye ke? Cuba periksa balik. Pada ketika bencana 2005 tu berlaku,
 tarikhnya ialah 26 Dec. Bulan ketika itu pun paling jauh dengan bumi, 
malah tarikh perigeenya pun 2 minggu SELEPAS bencana tersebut.
Kemudian berdasarkan kiraan di laman webhttp://www.fourmilab.ch/earthview/pacalc.html
Kita boleh lihat pada 19 Mac ini, bulan berada 356,577 km. Dekat ke tu?
 Ehem, cuba tengok lagi, pada tarikh 12 Disember 2008, bulan masa tu
 berada 356,567km! Lagi dekat. Tarikh 8 Mac 1993 (18 tahun dulu), lagi dekat... 356,529km.
Oh begitu. Jadi apa yang menarik akan berlaku malam tu?
Bulan penuh masa tu akan kelihatan 15% lebih besar daripada biasa. 
Dan bersinar 30% lebih terang dari biasa.
Ye ke? Tak percaya la.
OK la. Kalau tak percaya, cuba ambil gambar bulan pada malam
 tersebut, guna lens 200-500mm. Kemudian sebulan kemudian,
 pada bulan penuh akan datang, ambil lagi sekali gambar bulan penuh masa tu,
 dan buat perbandingan. Ini bukan cakap kosong,
 tetapi eksperimen yang amat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa pun.
Gambar kat internet semua dari orang barat. Boleh percaya ke?
 Entah-entah copy paste je.
Kalau masih ragu-ragu, tengok forum Falak Online di SINI. Ramai dah ambil gambar 
bulan penuh perigee tahun lepas
Ok, ok,Dah faham dah sekarang. Apa rujukan lain yang boleh dibaca?
Ada jadual yang menunjukkan tarikh Bulan Penuh Perigee untuk abad ini.
Lagi rujukan di sini 
Kesimpulannya, gempa bumi memang telah,sedang dan terus berlaku,
 malah makin banyak setiap hari, itu saya tak nafikan.
Namun,  ia tidak berlaku akibat pergerakan bulan atau bulan perigee.
 Belum pernah ada kajian menunjukkan kaitan antara keduanya. Kalau ada sesiapa yang
 dapat kemukakan kaitannya, sila email atau bincang di forum, facebook atau twitter.
 Bolehlah kita sama-sama belajar dan menkajinya.
Wallahualam.
sumber dari FALAK ONLINE

No comments:

Post a Comment