Klik Jangan Tak Klik

Thursday, October 13, 2011

Gambar Perkahwinan Norman Hakim Dan Memey


baju nie cantik giler...fiza jeles ok!!!!
TAHNIAH BUAT MEMEY DAN PASANGANNYA NORMAN HAKIM...

sumber dari: OhBulan

Tahukah Anda Part 3 !!!!!!


lembu mampu menyumbangkan 200,000 gelas susu sepanjang hayat mereka dan anda perlu memerah 260 ekor lembu sepanjang tahun untuk  memenuhi tangki minyak kapal angkasa yang berkapasiti 529,000 gelen.


operator telekomunikasi dengan jumlah pelanggan terbesar di dunia dipegang oleh China Mobile. pelanggannya mencapai 200 juta orang, melebihi Vodafone yang memiliki pelanggan sekitar 186 juta orang.


rekod menaip SMS terpantas di dunia dipegang oleh Ang Chuang Yang, 16 tahun berasal dari Singapura. Ang Chuang berjaya menaip 160 karakter dalam masa 41.52 saat dan berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh BenCook, warga Amarika yang menaip 160 karakter dalam masa 24.22 saat pada julai 2006.


panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April,iaitu 38 tahun lalu oleh pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper.


Android adalah sistem operasi smartphone layar sentuh seperti iOS iPhone dan OS BlackBerry. Android dikembangkan oleh Google dan pertama kali muncul pada tahun 2007 dengan ponsel pertamanya GI T-Mobile.


bekas Presiden Persatuan Pergigian Pediatrik Amrika, Dr. Stephen J.Moss berkata: "menguyah gula2 getah adalah cara mudah dan paling menarik untuk mengaktifkan aliran air liur dan membantu membersihkan gigi, mengurangkan plak, mengukahkan enamel gigi, mencegak kerosakan gigi dan pendarahan gusi."

Wednesday, October 12, 2011

HAPPY 1st ANNIVERSARY FIEZAIMI ( 1.10.11 )


Assalamualaikum...hai sume...ingat fiza lagi tak...rasanya dah dua bulan lebih fiza tak updated blog fiza nie... kalau korang ada facebook fiza tau la sebab apa fiza tak updated... kalau tak ada lagi tu add la fiza k... Nur Kasih Fiezaimi sebenarnya lappy fiza nie ada masalah...rosak apa tah...tapi sekarang dah ok...boleh updated tiap2 hari macam dulu ....hehehe...
1hb 10 2011 yang lepas genap setahun fiza menjadi puan isteri kepada encik suami fiza...cepat kan masa berlalu. macam tak percaya je...tapi nie la hakikatnya..."aku dah jadi isteri orang" InsyaAllah tak lama lagi jadi MAMA orang lak...amin...hehehe... fiza dengan encik suami tak sambut besar-besaran pun cuma makan malam biasa2 je...dan kami ada amik gambar studio...hehehe...cute sangat2... nak tengok tak...eeee....malu la...hihihi...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

montel...kena mula diet balik nie...

harap2 tahun depan leh amik gambar bertiga lak....amin...
ok la sampai sini saja...nak cari bahan2 jap...dah lama tak updated blog nie... rasa macam tak best je blog fiza sekarang nie... kena bahan2 yang best nie... tata sume... sayang korang...

Tuesday, August 16, 2011

Mamat Sepah Bercinta Dengan Fida Pantene


selamat pagi sume....puasa tak ari nie...hehehe... hari last fiza tido kat rumah fiza nie...malam esok tido dalam bas la jawabnya... fiza naik bas esok pukul 8.30 malam...mungin sampai Kluang dalam kul 7-8.00 pagi... 
pagi2 nie fiza nak gosip pasal Mamat Sepah...tapi korang kena baca mamat sepah bercinta dengan adik rudy kristal dulu, lepas tu baru baca apa yang fiza nak taip nie.... 

Mamat Sepah & Fida Makin Rapat

sebenarnya fiza dah tau masa tengok persembahan Sepah kat Kulai hari tu Jeff Sepah ada bagitau yang Mamat tengah bercinta dengan Fida Pantene...ingatkan tipu2 jer...rupa2 ny betul...hahaha...

Sebelum ini Mamat Sepah dikatakan bercinta dengan adik Rodi Kristal. Sayangnya percintaan mereka tak kekal. Mungkin jodoh Mamat dengan Fida.
Cuba teka sikap apa yang menyebabkan Fida tertarik kepada Mamat?
Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain. Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak
Rafidah Ibrahim atau Fida, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, berkongsikan ciri-ciri peribadi Mamat yang membuatkannya tertarik hati kepada jejaka berkulit hitam manis itu.

“Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.
“Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.
bertanya sama ada Fida & Mamat akan membawa hubungan mereka berdua ke arah seterusnya seperti pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kami berdua masih belum meletakkan tempoh untuk bertunang atau berkahwin. Lagipun, kami berdua baru sahaja nak menapak dalam bidang hiburan. Apatah lagi, tahun ini rezeki seakan mencurah-curah. Bukan apa, kami gusar andai kata hilang fokus kelak. Pada saya, kalau sudah sampai jodoh, adalah jawabnya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi no 1 Malaysia, Siti Nurhaliza.
“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.
“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.
“Seorang kawan menghubungi saya mengenai kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam prank show tu. Kawan saya kata, “Hati-hati dengan Fida, mungkin dia ada seseorang.” Bayangkan, ketika itu saya tengah shooting nak terjun dalam laut. Terasa sesuatu juga sebab tak tahu cerita, kan?”
“Kemudian saya kata pada kawan, “Nanti aku confim-kan balik dengan Fida”. Saya terus terjun dalam laut, dan terfikir, “andai kata betul Fida ada seseorang, tuhan akan balas juga”, kata Mamat dalam nada spontan melawak di rakaman Melodi Raya 2011, PWTC, malam tadi.
Mamat memaklumkan bahawa dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya apabila tiba masanya kelak.
“Kami berdua masih belum menemui keluarga kedua-dua belah pihak dan saya memang bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarga saya nanti. Insyallah, kalau masing-masing tak sibuk, kami akan berjumpa juga,” jelas Mamat yang tampak berseri-seri wajahnya.
sumber dari: OhBulan dan Abg Nara

Monday, August 15, 2011

Sungguh Unik Kad Kahwin Ashraff Muslim


ha korang dah tengok pic kad kahwin Memey dan Norman Hakim.. sapa belum tengok tu klik je k...kali nie fiza nak tunjuk kad kahwin Ashraff Muslim lak...sungguh unik...fiza suka tengok kad2 kahwin artis...macam2 jenis.. fiza rasa sekeping leh sampai puluh2 ringgit nie...hahaha...
nie pertama kali fiza tengok kad kahwin yang menggunakan hampir sepenuhnya tulisan jawi sebagai tulisan utama.