Klik Jangan Tak Klik

Saturday, November 12, 2011

Seminggu Beraya Di Alor Setar


Assalamualaikum......
hai korang....sihat ker...lama fiza tak jenguk blog fiza nie...maklum la...sibuk skit...hari nie fiza last ada kat rumah fiza kat Alor Setar nie...malam nie fiza dengan husband balik Johor.. seminggu tiga hari gak la fiza ada kat Kedah nie.. fiza dengan husband raya Haji kat sini...best ramai budak2 datang tapi bukan nak makan biskut raya pun...cuma nak kutip duit raya je...
hehehe...nie gambar di pagi raya.... sepadan tak baju kami berdua.... lepas je amik gambar nie... jiran datang tak henti2 sampai tak sempat nak ambil gambar yang lain....
esoknyanya 7.11.2011 fiza dengan husband pergi jalan2 kat Tasik Darul Aman, Jitra Kedah...ramai la manusia walaupun hari raya...jom layan gambar2 fiza dengan husband kat tasik buatan tu...
kalau nak tengok gambar yang lain masuk dalam facebook fiza k...
10.11.2011 hari yang bersejarah bagi adik perempuan fiza...dia bertunang hari tu...fuhhh!!!! penat giler...buat kenduri kecik2 ja tapi orang datang ramai giler...tapi Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. semua makanan habis licin...langsung tak buang skit pun makanan...hahaha...jom layan gambar tunang adik fiza lak...
macam biasa la kalau nak tengok gambar yang lain masuk dalan facebok fiza k...
ok la sampai sini dulu...fiza nak kemas2 barang...malam nie fiza dengan husband balik Johor dah...doakan perjalanan kami selamat sampai ye....tata....

Wednesday, November 9, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Kenali Petanda-petanda Awal Masalah Kesuburan



Simtom umum terhadap masalah ketidaksuburan adalah kegagalan untuk hamil setelah mencuba selama setahun tanpa sebarang penggunaan kaedah perancang. Setelah itu, barulah dikatakan bahawa anda termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah kesuburan. Terdapat beberapa simtom-simtom lain yang mungkin ada kaitan dengan masalah kesuburan. Berikut kami kemukan beberapa persoalan untuk dijawab oleh anda dan pasangan. Anda cuba perhatikan petanda-petanda ini. Jika anda lambat mendapat zuriat dan mendapati bahawa terdapat jawapan ‘ya’ bagi mana-mana persoalan-persoalan ini, anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk kepastian dan khidmat nasihat lanjutan.
Adakah kitar haid anda tidak teratur?
Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simtom kepada masalah ovulasi. (Dalam ebook ’Rahsia Mudah Hamil’ kami jelaskan perkara ini dengan terperinci, lengkap dengan bantuan gambarajah. Juga suplemen-suplemen yang biasanya digunakan untuk membaiki pengawalaturan kitar haid anda.)
Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?
Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.
Adakah anda berusia lebih dari 35 tahun?
Kami sudah jelaskan perkara ini dalam entri sebelum ini. Takrif ketidaksuburan terhadap mereka yang berumur 35 tahun keatas bukan lagi setelah mencuba selama 1 tahun, tetapi jika gagal hamil setelah mencuba selama 6 bulan, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor. Bagi golongan ini, masa tidak memihak kepada mereka.
Adakah suami mengalami masalah mati pucuk?
Masalah kesuburan bagi lelaki biasanya melibatkan kuantiti sperma yang rendah atau kualiti sperma dari segi pergerakan. Masalah ini anda tidak dapat kenalpasti dengan sendiri. Ia perlu melalui suatu ujian khas iaitu Analisis Sperma yang boleh dilakukan di mana-mana klinik. Tetapi jika si suami mengalami masalah dari segi hubungan kelamin seperti mati pucuk, maka ia juga boleh jadi punca sukar hamil.
Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?
Berat badan yang berlebihan atatu terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila periksa BMI anda di laman ini.http://www.vertex42.com/Calculators/bmi-calculator.html
Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?
Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yan gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan in. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.
Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?
Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan. Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburanInsulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.
Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?
Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita. Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun, hentikanlah tabiat-tabiat ini.

Adakah Anda Masih Boleh Mengandung?

-Seseorang wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur tak matang untuk seumur hidupnya dan akan keluarkan satu telur matang bagi setiap kitar haid.
-Semakin meningkat umur, kuantiti dan kualiti stok telur ini(ovarian reserve) akan merosot.
-Jika kualiti dan kuantiti stok telur ini merosot, seseorang itu akan menghasilkan aras FSH yang melebihi aras normal.
-Oleh itu, kualiti dan kuantiti ‘stok telur’ ini boleh diketahui dengan menguji aras FSH ini..
Maka konsep inilah yang dipakai dalam Ujian FSH ini. Ia juga dikenali sebagai ujian kesuburan wanita.
1)Ujian aras FSH boleh dilakukan dalam 2 cara
(a) Di Klinik
Ujian ini dilakukan bermula pada hari ke-3 dalam sesuatu kitar haid. Sila rujuk doktor untuk tahu lebih lanjut
(b) Di Rumah: Personal Home Based FSH Test
FIRST RESPONSE® Fertility Test for Women

Kit ini sangat efektif bagi mengesan aras hormon FSH yang mana akan memberi gambaran tentang kualiti dan kuantiti ‘stok ovari’ seseorang dan ia boleh dilakukan sendiri di rumah.
Home Based FSH Test ini adalah merupakan satu petunjuk kepada potensi kesuburan seseorang wanita yang dikatakan mempunyai aras ketepatan sehingga 95%.
Hasil keputusan Ujian ini akan menjawab satu persoalan iaitu ‘Adakah Saya Masih BolehMengandung?’
Untuk maklumat lanjut tentang kegunaan produk ini, sila KLIK SINI
Perlu diingatkan bahawa FSH home based fertility test ini bukanlah sebagai pengganti ujian oleh doktor. Anda perlu segera merujuk kepada doktor bagi mendapatkan ujian lanjut yang ternyata lebih tepat dan sekaligus mendapat khidmat nasihat yang professional.
Menarik bukan? Tapi, ada ke jual kat Malaysia?…..

sumber dari: Rahsia Mudah Hamil

Tuesday, November 1, 2011

Gangguan Haid





JENIS-JENIS GANGGUAN HAID
Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah;
1.Berbagai jenis gangguan pada pusingan haid.
2.Berapa banyaknya darah haid yang keluar.
3.Jangka waktu haid yang berpanjangan.
4.Pendarahan di luar waktu haid, seperti selepas persetubuhan.
5.Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
6.Kelewatan datang haid.
7.Putus haid.
Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.
Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan?
Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid pada umur 12 tahun sehingga usia gadis itu 16 tahun. Di dalam jankamasa ini ia masih dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian daripada doktor. Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitary yang tidak normal. Kelewatan akil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. Kadang-kala berlaku di mana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap bulan tetapi haid tidak keluar.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah?
Langkah pertama ialah mengenalpasti punca kelewatan haid. Tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak menunjukan tanda pengeluaran oestrogen. Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari. Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca masalah.

Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial vagina’ dilakukan. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.

Haid tidak teratur !

Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

Punca terjadinya gangguan haid.
Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).
Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, jika beliau mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid. Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.
Punca-punca haid berlebihan dan berpanjangan
1. Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.
2. Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.
3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.
4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.

Jenis-jenis pendarahan luarbiasa:
1.Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining)dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sejenis ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.
2.Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah pun mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.
3.Perdarahan lepas putus haid. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon oestrogen.
                                         sumber dari http://www.hamidarshat.com

Google Translate


Tolong Rate OFFENSIVE Untuk Perkataan Ini
Lihat bagaimana mereka menghina kita...

cara:
1) buka Google Translate
2) pilih untuk terjemahan 'English' to 'Malay'
3) masukan perkataan 'myQuran' lihat terjemahannya apa?
4) cuba pilih perkataan lain.. contoh.. mySelipar / myBaju / myCar atau sebagainya...
ia tak dapat diterjemahkan dari 'English' to 'Malay'

adakah ia suatu kebetulan atau kesilapan?

"kt translation tu ada tanda rate the translation..cukup 1000 org report offensive nnt dia buang"

TOLONG RATE OFFENSIVE PERKATAAN INI!

cara:
1) pergi ke tanda ✔ di hujung terjemahan, klik
2) menu akan terpapar. klik OFFENSIVE

semoga usaha yg tak seberapa ini membantu menyelamatkan Islam dari terus dihina. amiin...
tolong sebarkan. sekian,tq



sumber dari: FB Untung arrr