Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, March 29, 2011

Sebelum Dan Selepas


Wah! Dh macho sekarang. Apa rahsianya? Inilah yang selalu ditanya oleh rakan-rakan ketika Farique Rizal, 36, hadir ke tempat kerja untuk melakukan tugasan.
Beliau sebelum ini mengalami masalah obesiti kini berubah imej seperti seorang model yang kacak bergaya akibat penangan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).
Menurut  pemuda yang berasal dari Alor Star itu, beliau sebelum ini tidak mempercayai mana-mana produk pelangsingan badan tetapi tetap berusaha untuk tampil kurus.
“Walaupun melakukan pengamalan diet dan bersenam berat badan saya masih berada ditahap yang sama dan hampir setiap hari saya melakukannya namun keputusannya agak mengecewakan.
“Akibat daripada kekecewaan untuk menurunkan berat badan inilah yang mendorong saya untuk mencuba produk pelangsingan badan JM5 kerana hasil yang saya lihat begitu menakjubkan daripada testimoni-testimoni terdahulu, “ katanya.


“Saya yang dahulunya memiliki berat badan melebihi 180 kilogram kini hanya tinggal 73 kilogram selepas menggunakan produk keluaran dR Group (dRG) itu dan bebas untuk meneruskan hobi saya yang gemar membeli belah.Beliau yang juga merupakan seorang doktor berkata lagi, setelah mencuba produk JM5 ini barulah beliau dapat merasai sendiri keajaiban yang menjadi perbualan hangat terhadap produk ini.

“Selain itu, impak positif yang dirasai bukan sahaja memiliki tubuh yang menarik malahan menghilangkan gastrik yang dimiliki  oleh saya sebelum ini.
“Disamping itu, pengamalan diet yang disarankan tidak menjadikan permalasahan kepada saya turut membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan sehingga mencapai pada tahap yang memuaskan hati,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, beliau kini bebas untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengannya dan niatnya untuk kelihatan lebih bergaya tidak lagi tersekat berbanding susuk tubuhnya yang dulu.
“Sebelum ini saiz baju yang berukuran XXXL menjadi masalah untuk saya namun kini saya hanya perlu mencari size baju yang berukuran M untuk dimuatkan dengan diri saya.
“Berkesempatan ini saya amat berterima kasih kepada DDR kerana menghasilkan produk yang terbaik pada abad ini dan akan meneruskan pengambilan produk ini untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal,” katanya lagi ketika ditemui disini semalam.
bila la fiza boleh jadi macam nie...
sumber dari Herba Prima

Khasiat Epal Hijau......



 Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. 
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
sumber dari Herba Prima

Monday, March 28, 2011

8 C Buat Suami Benci Isteri



C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renung2kanlah dan selamat beramal…..

sumber dari TentangCinta.com

5 Bulan 3 Minggu 6 hari........



hari genap la 5 bulan 3 minggu 6 hari fiza jadi isteri kepada husband fiza..
dengan lebih tepat sekali, lagi 4 hari genap 6 bulan perkahwinan fiza dan husband fiza.
seronok rasanya bila jadi isteri orang nie... tak boleh nak gambarkan dengan kata2..
sapa2 dah kahwin mesti tahu perasaan fiza kan. serius fiza cakap mula2 nak kahwin 
dulu ada perasaan campur baur dalam pala hotak fiza...
" boleh ke aku jadi isteri orang, padahal aku muda lagi..."
" aku nie dah bersedia ke nak jadi isteri orang..."
" aku nie boleh ker tinggal jauh dengan orang tua aku..."
dan macam2 soalan dalam pala hotak fiza nie.. tapi fiza ketepikan semua soalan tu..
fiza setuju nak kahwin dengan husband fiza sekarang..
masa tu perkenalan kami baru setahun dan kami ambil keputusan
nak tunang...mak dengan abah fiza tak larang..sebab diorang serah semua
hal ni kat fiza...janji fiza bahagia dan gembira dengan pilihan fiza nie...

sekarang 5 bulan lebih berlalu. rasa bahagia bila berada di sisi orang yang tersayang.
semoga rasa bahagia nie sampai hujung nyawa. Amin......
tapi tak dinafikan sekali sekala ada jugak salah faham di antara kami.
biasa la, sedang lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri..
ada kala nya suka, duka, sedih, sayang, semuanya bercampur2..
tapi yang paling penting sekali SABAR dan TOLAK ANSUR, kunci utama
 dalam berumah tangga. fiza memang tak ada pengalaman dalam rumah tangga 
nie tapi fiza banyakmelayari blog2 tentang berumah tangga nie...banyak juga lak tips2 
yang fiza dapat gunakan.. hehehe...

seperti pasangan lain fiza dan husband memang nak kan baby secepat mungkin.
tapi sampai sekarang fiza tak mengandung lagi...errrmm...
mungkin tak ada rezeki lagi... fiza dengan husband tak putus2 berdoa semoga
dapat kurniakan zuriat yang soleh dan solehah...Amin...


comel2 kan gambar baby2 nie...memang comey giler...
geram fiza tengok macam nak gigit2 je pipi yang tembam tu...
walaupun fiza belum ada anak sendiri...tapi fiza dah ada anak angkat..
anak kepada kawan baik fiza sendiri..

Mama Along dengan Amir Darwisy

Mak Tok dengan Cucu Angkatnya Darwisy

ni la anak angkat fiza Amir Darwisy...umur dia genap setahun 3.3.2011 yang lepas.
sekarang dia ada kat Alor Setar..bila la nak jumpa dia lagi...
hehehe...rindu lak kat dia... harap2 fiza dapat baby nanti comey macam 
darwisy gak la...
Ya Allah...Ya Tuhanku...
Kau makbulkanlah permintaan ku..Berikan lah aku zuriat secepat mungkin,
sesungguhnya, aku amat rindukan tangisan bayi dalam rumah ini.
Kau berikanlah kesihatan yang baik untuk aku dan suamiku...
Berikanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..
Amin Ya robbala'lamin........

Sunday, March 27, 2011

Gambar Jutaan Ikan Sesat di Pantai Acapulco,Mexico | Kesan Tsunami Gempa Bumi Jepun


Gambar Jutaan Ikan menghurungi persisiran Pantai Acapulco,Mexico
 kesan dari Tsunami Gempa Bumi Jepun.

sumber dari GambarPics